Penerangan
SIDANG GEOSTRATEGIK SABAH (SGS) 2023 ANJURAN MKN SABAH
???TARIKH: 16 - 18 MEI 2023
?MASA : 09.00 pagi – 4.30 petang
??TEMPAT : SHANGRI-LA TANJUNG ARU, KOTA KINABALU
???????KEHADIRAN JAS SABAH : PKK JM
??PERKARA-PERKARA YANG INGIN DIMAKLUMKAN
1??. Sidang Geostrategik Sabah (SGS) 2023 dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Negara, Wilayah Sabah dan dihadiri oleh 100 orang perwakilan dari 88 agensi negeri dan persekutuan.
2??. SGS pernah diadakan pada 5-7 Nov 2019 di Hotel Sutera Pacific, Kota Kinabalu dan dihadiri oleh 88 orang penjawat awam dari 71 agensi negeri dan persekutuan.
3??. Tujuan SGS ialah mendapatkan input strategik tentang impak perpindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan ke atas Sabah dan Malaysia.
4??. Majlis perasmian pembukaan Sidang Geostrategik Sabah (SGS) disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan dan majlis penutupan oleh Datuk Panglima Haji Safar Bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
5??. Sidang dilaksanakan dengan membahagikan peserta kepada tiga kluster utama iaitu, Keselamatan, Ekonomi dan Sosial yang diketuai oleh Majlis Keselamatan Negara (keselamatan), Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah (Ekonomi) dan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (Sosial).
6??. JAS Sabah dikumpulkan dalam kluster Ekonomi bersama 37 agensi negeri dan persekutuan. Kluster ekonomi dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil untuk membincangkan 3 isu secara berasingan iaitu:-
a. Impak perdagangan rentas sempadan / border trade terhadap pembangunan ekonomi negeri
b. Penilaian semula pelaksanaan barter trade
c. Penilaian mengenai keperluan sumber kerja tenaga asing di Sabah
7??. JAS Sabah dihimpunkan bersama 16 agensi lain untuk membincangkan impak perdagangan rentas sempadan berdasarkan analisis SWOT (Strengths, Weaknesses, Opportunities, and Threats) supaya dapat menghasilkan Pelan Tindakan Short-Term, Mid-Term dan Long-Term.
8??. Pembangunan di sempadan akan menghasilkan buangan terjadual (Threats) tetapi juga akan membuka peluang perdagangan (Opportunities) kerana belum ada kemudahan pelupusan / proses BT di Sabah atau Kalimantan.
9??. Isu Pengurusan Buangan Terjadual telah disyorkan dengan fokus kepada pembangunan fasiliti bagi merawat/melupus BT yang terhasil dari pembangunan bandar sempadan di Sabah dan Kalimantan.
??. Tindakan yang dicadangkan ??Tindakan jangka pendek (<1 tahun) ialah perbincangan bidangkuasa diantara kerajaan persekutuan dan negeri mengenai pengurusan BT. Tindakan Mid- term (1-3 tahun) ialah melaksanakan pindaan undang2 berkenaan BT di bawah bidangkuasa negeri dan Tindakan jangkapanjang (3-5 tahun) ialah pembangunan industri tempatan bagi sector pemprosesan BT.
??. Hasil perbincangan setiap kluster telah dibentangkan pada 18 Mei 2023 dihadapan Datuk Panglima Haji Safar Bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Ag Shahminan, Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan dan Datuk Jasmine Teo, Pengarah UPEN Sabah.