Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROJEK DI BAWAH RANCANGAN MALAYSIA KE-12: KAJIAN PEMBENTUKAN LEMBAGA ALAM SEKITAR (ENVIRONMENTAL BOARD) - JEMPUTAN SESI LIBAT URUS BAGI KAJIAN PEMBENTUKAN LEMBAGA ALAM SEKITAR
- Tahun
- 2023
- Tarikh Keluaran
- 26/05/2023
- Organisasi
- DOE Sabah
- Lokasi
- Sabah>KOTA KINABALU
Penerangan
PROJEK DI BAWAH RANCANGAN MALAYSIA KE-12: KAJIAN PEMBENTUKAN LEMBAGA ALAM SEKITAR (ENVIRONMENTAL BOARD) - JEMPUTAN SESI LIBAT URUS BAGI KAJIAN PEMBENTUKAN LEMBAGA ALAM SEKITAR??
??Tarikh: 18 Mei 2023 (Khamis)
?? Masa: 09.00 pagi - 11.30 pagi
??Tempat: Secara dalam talian Google Meet (GM)
?????Jururunding: UKM Pakarunding Sdn Bhd
??Anjuran: Bahagian Penilaian JAS Ibu Pejabat
??Jumlah Kehadiran: Seramai lebih kurang 20 orang hadir wakil dari JAS Negeri.
??Kehadiran JAS Sabah: PP(K)(SJ)
??Ringkasan Laporan Perbincangan:
1?? Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan melaksanakan Kajian Pembentukan Lembaga Alam Sekitar (Environmental Board) di bawah Projek Rancangan Malaysia Ke-12 pada tahun 2023 dan UKM Pakarunding Sdn Bhd telah dilantik bagi melaksanakan kajian ini.
2?? Tujuan utama projek ini dilaksanakan adalah untuk membangunkan mekanisma pelaksanaan dan pengurusan bagi orang yang berwibawa dan orang yang layak serta lain-lain perkara yang berkaitan.
3?? Sesi Libat Urus 1 Kajian Pembentukan Lembaga Alam Sekitar (Environmental Board) yang melibatkan pegawai JAS Negeri ini merupakan salah satu daripada cabang kajian bagi mendapatkan input-input berkaitan diperingkat negeri.
4?? Pihak Urusetia turut memaklumkan bahawa sesi libat urus melibatkan Lembaga-Lembaga yang ada di Malaysia seperti Malaysia Board of Technologists (MBOT), Board of Engineers Malaysia (BEM) dan lain-lain turut dilaksanakan.
5?? Wakil JAS Sabah telah berkongsi dan dimaklumkan bahawa sesi libat urus melibatkan pihak JPAS telah dilaksanakan dan input-input berkaitan seperti penubuhan Lembaga Professional Alam Sekitar Sabah (L-PASS)/ Environmental Experts Committee (EEC) oleh JPAS telah diambil perhatian.
6?? Wakil JAS Sabah turut memaklumkan bahawa pihak jururunding mengambilkira isu pertindihan fungsi dan kuasa sekiranya lembaga yang menjalankan fungsi dan kuasa yang sama ditubuhkan di peringkat Negeri dan Persekutuan serta akan menyukarkan pihak Environmental Professionals / Practioners kerana perlu memenuhi keperluan keahlian bagi kedua-dua lembaga berkenaan.
7?? Pihak jururunding memaklumkan bahawa sesi libat seterusnya yang akan melibatkan pegawai-pegawai JAS terutamanya daripada Bahagian Penilaian, EiMAS dan lain-lain akan diteruskan.