Penerangan
?? SESI PENGENALAN PROJEK DAN PERBINCANGAN KEPERLUAN EIA BAGI PROJECT ASTERS – POWER PLANT DI SIPITANG OIL & GAS INDUSTRIAL PARK (SOGIP), SIPITANG, SABAH ???
?? Tarikh: 16 Mei 2023 (Selasa)
? Masa: 9.00 - 11.00 Pagi
?? Tempat: Bilik Mesyuarat Sipadan, JAS KK
?????????????? Kehadiran Unit EIA & IP: PP FM & 2 Orang Pelajar LI
?? Ringkasan Perbincangan:
?? Tujuan sesi pengenalan projek dan perbincangan diadakan adalah untuk memperkenalkan cadangan pembangunan projek baru oleh Penggerak Projek, KAB Energy Power dengan usahasama PETRONAS Gas Berhad bagi aktiviti pembinaan loji janakuasa dengan kapasiti 70 MW.
?? Loji Janakuasa ini dibina adalah untuk memenuhi keperluan tenaga elektrik yang diperlukan sebanyak 52 MW untuk Projek ZLNG oleh PETRONAS yang telah mendapat kelulusan Laporan EIA pada 23 September 2022 daripada JAS Sabah.
?? Teknologi penjanaan kuasa yang dicadangkan adalah open-cycle dengan pemasangan sembilan (9) unit Gas Engine Generator (GEG) menggunakan bahanapi gas asli dan tidak melibatkan pemasangan turbin pembakaran (combustion turbine).
?? JAS Sabah memaklumkan aktiviti yang dicadangkan tidak tertakluk di bawah Perintah EIA 2015 memandangkan loji janakuasa berkenaan tidak melibatkan janakuasa stim (steam turbine & generator) dan janakuasa kitar padu (combined-cycle power plant). Walau bagaimanapun, keperluan perundangan di bawah PPKAS (Udara Bersih) 2014 seperti pemberitahuan bertulis (PB), pematuhan standard & nilai batas, pemantauan pelepasan, dll hendaklah dipatuhi.
?? JAS Sabah juga mengambil maklum mengenai lokasi tapak yang dicadangkan yang terletak di SOGIP, Sipitang bersebelahan dengan tapak Sabah Ammonia & Urea (SAMUR) Plant. Dimaklumkan juga tapak tersebut tidak berada di dalam kawasan sempadan SAMUR Plant dan sempadan ZLNG Plant yang telah mendapat kelulusan EIA.
?? Walau bagaimanapun, memandangkan komponen loji janakuasa ini pada asalnya menjadi sebahagian komponen utama kepada projek ZLNG yang telah diluluskan Laporan EIA sebelum ini serta berada di lot tanah yang lain, pihak PETRONAS adalah dikehendaki mengemukakan Laporan EIA Kemaskini (Revised EIA) bagi Projek ZLNG kepada JAS Sabah untuk kelulusan.
?? Pihak Penggerak Projek & Jururunding yang dilantik diminta untuk mengemukakan surat rasmi kepada Jabatan ini sekiranya memerlukan pengesahan secara bertulis mengenai keperluan EIA bagi projek baru yang dicadangkan.