Penerangan
??PROGRAM EXORIN PROOF OF CONCEPT (POC) - A Reduce GHGs Emission Campaign Project??
??TARIKH : 16 MEI 2023 (Selasa)
?? MASA : 08.00 pagi - 01.00 petang
??TEMPAT : KKS APAS BALUNG, Sawit Kinabalu, Tawau, Sabah.
????????? KEHADIRAN JAS SABAH :
??Tuan Pengarah En Amirul Bin Aripin, PKK SNA, PPKK AS, PPK STH & UNIT UKB
???????????? AGENSI YANG TERLIBAT
1. Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Negeri Sabah:
??Tuan Ts Marshal Anthony (Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan dan Penyelidikan) & 5 orang pegawai pengiring.
2. Jabatan Kerja Raya (JKR):
??En. Mohd Fadhlan (Tawau)
??En. Asrul Abdul (Sandakan)
3. Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS):
??En. Jomius Joseph
4. Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK):
??En. Cellus Galasun
??En. Zarid Izwan Bin Haris
5. Majlis Perbandaran Tawau (MPT):
??Pn. Maznah Awang
??Cik Nur Khadijah
??En Eddy Mohd Faizal
5. SESB TAWAU:
??En. Ridwan Bin Mokhtar
??En. Muhammad Bakri Bin Semmang
6. Majlis Pembangunan Teknologi Dan Inovasi Sabah (MaPTIS):
??Datuk Prof. Madya Dr Hj Abdul Kadir Hj Rosline (Pengerusi MaPTIS), Merangkap Rektor UiTM Sabah.
??PERKARA - PERKARA YANG INGIN DIMAKLUMKAN :
1?? Lawatan ini bertujuan untuk menyaksikan pembentangan daripada pihak syarikat Exorin, berkenaan kecekapan dan keupayaan teknologi baru yang diusahakan anak tempatan ke arah pengurangan pelepasan beban pencemar ke udara khususnya gas rumah hijau (GHGs).
2?? Teknologi yang diusahakan pihak Exorin bersama kerjasama dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dijangka dapat membantu pihak industri mengurangkan pelepasan gas carbon ke udara dan menjana kecekapan tenaga yang lebih tinggi untuk enjin diesel, seterusnya mengurangkan kos penyelenggaraan dan penggunaan bahan api. Teknologi ini menggunakan produk yang dihasilkan oleh pihak syarikat Exorin dan diaplikasikan dengan 3 langkah mudah ke atas enjin diesel.
3?? Pihak Exorin telah menjalankan pengujian ke atas 2 unit kenderaan enjin diesel (bacaan pelepasan dari ekzos diambil sebelum dan selepas rawatan menggunakan teknologi dari pihak syarikat Exorin oleh unit UKB JAS dan Pegawai dari UTHM) dan 1 unit janakuasa enjin diesel berkapasiti 350kVa (bacaan pelepasan dari ekzos diambil sebelum dan selepas rawatan menggunakan teknologi dari Exorin).
4?? Hasil pengujian yang dijalankan terdapat perbezaan bacaan pelepasan pencemar ke udara yang ketara untuk bacaan sebelum dan selepas pengaplikasian teknologi tersebut ke atas enjin diesel.
5?? Secara kesimpulannya, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah dan menyambut baik teknologi yang telah diusahakan oleh anak tempatan negeri Sabah dan kerajaan negeri Sabah akan menyokong usaha syarikat Exorin bagi membawa ke peringkat lebih tinggi. JAS Negeri Sabah juga berpendapat usaha ini dapat melestarikan alam sekitar dan akan pihak Exorin diminta untuk mengemukakan maklumat terperinci berkenaan produk dan analisis yang telah dijalankan untuk diperhalusi dan dibincangkan di peringkat atasan JAS.