PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

TAKLIMAT PROGRAM "SEKOLAHKU WARRIOR E-WASTE 2023"

DOE WP Putrajaya 26/05/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
TAKLIMAT PROGRAM "SEKOLAHKU WARRIOR E-WASTE 2023"
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
26/05/2023
Organisasi
DOE WP Putrajaya
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

TAKLIMAT PROGRAM "SEKOLAHKU WARRIOR E-WASTE 2023" ???????? ??? Tarikh: 16 Mei 2023 (Selasa) ?? Tempat: Google Meet ???? Pengerusi: Puan Fazren Yumna Binti Aman, Seksyen Scheduled E-waste (SEW), Bahagian Bahan Berbahaya, JAS HQ Kehadiran JAS Sabah : PPK ADY Pengenalan Program "Sekolahku Warrior E-Waste 2023" ???????? ?? Program ini bertujuan untuk memupuk sifat tanggungjawab dikalangan generasi muda untuk memelihara alam sekitar dan memberi pendedahan berkaitan e-waste yang merangkumi aspek pengenalan, kaedah pengurusan dan pelupusan, pembudayaan kitar semula di sekolah serta memacu ke arah penghasilan bakal pemimpin yang peka kepada alam sekitar. ??Penyertaan program ini adalah terbuka kepada Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah di seluruh negara. ??Terdapat 2 cadangan program utama yang akan dijalankan iaitu: ?? Pantomim - suatu pementasan komedi muzikal yang melibatkan nyanyian lagu, lagak kelakar, komedi spalstik dan tarian. Tema pertandingan Pantomim adalah "Merdekakan Diri Daripada E-Waste". Penyertaan adalah tertakluk kepada 1 sekolah 1 penyertaan sahaja dan pihak sekolah perlu memuatnaik video persembahan Pantomim berdurasi 20 minit kepada urusetia. Tempoh pelaksanaan Pertandingan Pantomim adalah bermula 01 Jun 2023 hingga 31 Julai 2023. ?? Minggu Cakna E-Waste - Sekolah dikehendaki untuk merancang aktiviti dengan penglibatan guru-guru bersama pelajar-pelajar di sekolah masing-masing berdasarkan 2 konsep iaitu Perkongsian Maklumat (aktiviti interaktif seperti games bertemakan e-waste, kuiz, taklimat ringkas, pengucapan awam dan lain-lain tertakluk kepada kreativiti pihak sekolah) serta Program Pengumpulan E-Waste. Semua aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dalam Minggu Cakna E-Waste harus dihantar laporannya kepada JAS HQ. Tempoh pelaksanaan Minggu Cakna E-Waste ini adalah bermula Julai 2023 hingga September 2023. ?? JAS Negeri diminta untuk menyelaraskan program tersebut bersama Jabatan Pendidikan di negeri masing-masing serta melakukan hebahan bagi menyebarluas penyertaan program tersebut di sekolah-sekolah pada peringkat negeri.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan