Penerangan
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Anugerah Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) Sesi 2022/2023 ????????
11 Mei 2023, Kota Kinabalu Wetland Centre - Mesyuarat Jawatankuasa Induk Anugerah SERASI Bil 3 Sesi 2022/2023 telah diadakan di Bilik Rizhopora, KK Wetland - Ramsar In The City yang dipengerusikan oleh Tuan Amirul Aripin, Pengarah JAS Sabah selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Anugerah SERASI Sesi 2022/2023
Antara perkara penting untuk makluman berhubung program Anugerah SERASI adalah seperti berikut:-
?? Anugerah SERASI pada sesi 2022/2023 merupakan penganugerahan kali ke-12 dan merupakan UlangTahun SERASI ke-20 @ 20 Years Of SERASI
?? Majlis Anugerah akan diadakan pada 25 Oktober 2023 bertempat di Shangri-La Tanjung Aru Resort, KK
?? Cadangan Tetamu Kehormat adalah Ketua Menteri Sabah atau Menteri KePKAS (wakil KePKAS akan dapatkan nasihat daripada SUT KePKAS)
?? Sebanyak 45 Anugerah akan disampaikan pada majlis tersebut
?? Gerak Kerja akan dimulakan selepas PKK CHN mengemaskini semua lampiran dan senarai tugas
Pengarah JAS Sabah merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa menyokong program Anugerah SERASI ini.