PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Kursus anjuran EIMAS

BENGKEL PENAMBAHBAIKAN BAGI MODUL KOMPETENSI KAWALAN PENCEMARAN AIR ANJURAN EIMAS

EiMAS 26/05/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
BENGKEL PENAMBAHBAIKAN BAGI MODUL KOMPETENSI KAWALAN PENCEMARAN AIR ANJURAN EIMAS
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
26/05/2023
Organisasi
EiMAS
Lokasi
Selangor

Penerangan

?? BENGKEL PENAMBAHBAIKAN BAGI MODUL KOMPETENSI KAWALAN PENCEMARAN AIR ANJURAN EIMAS ???? ?? Tarikh: 8 - 11 Mei 2023 ?? Masa: 8.30 pagi - 10.30 malam ?? Tempat: Concorde Hotel, Shah Alam, Selangor ???? Dirasmikan oleh: YBrs. Puan Mashitah Darus, TKP (Pembangunan) JAS Malaysia ?? Anjuran: Pusat Kawalan Pencemaran Air, EiMAS ?? Jumlah Kehadiran: Seramai 14 orang ahli kumpulan pemikir yang dilantik hadir mewakili Bahagian di JAS Ibu Pejabat & JAS Negeri. ?? Kehadiran JAS Sabah: PP FM ?? Butiran Bengkel & Output: 1?? Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk menambahbaik tiga (3) modul kompetensi kawalan pencemaran air (CePPOME, CePSTPI & CePLTPI) sediaada bagi efluen KKS, kumbahan dan larut resapan yang ditawarkan kepada Pegawai-Pegawai JAS. 2?? Hasrat EiMAS adalah untuk membangunkan modul kompetensi yang membolehkan pegawai JAS dikompetenkan sejurus selepas menghadiri kursus kompetensi selama lima (5) hari di mana penyediaan FTR dan temuduga dilaksanakan terus semasa kursus tanpa menunggu pegawai balik ke Pejabat masing-masing seperti yg telah berjaya dibuat bagi kursus CePIETSI. 3?? Bengkel pada dasarnya bersetuju dengan beberapa input cadangan penambahbaikan ke atas ketiga-tiga modul yang dicadangkan oleh ahli kumpulan pemikir yang dilantik semasa bengkel ini bagi memudahcara pegawai JAS mendapat sijil kompetensi. 4?? Puan TKPP dan pihak EiMAS juga bersetuju dengan cadangan output Bengkel bagi menggabungkan ketiga-tiga modul kompetensi ini kepada satu (1) kursus kompetensi sahaja yang dinamakan sebagai "Certified Environmental Professional in Water Pollution Control Systems (CePWPCS)". 5?? Pihak EiMAS diminta untuk menyediakan draf modul kompetensi CePWPCS yang dicadangkan untuk dibincangkan pada bengkel yang akan datang.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan