Penerangan
?? MESYUARAT PENYELARASAN PROJEK TAPAK PELUPUSAN SANITARI PANTAI BARAT SELATAN, SABAH ??
??? Tarikh: 8 Mei 2023 (Isnin)
?? Masa: 9.30 - 11.00 Pagi
?? Tempat: Tingkat 6, Bilik Mesyuarat KKTP Sabah, Wisma Innoprise, KK
??????? Pengerusi: En. Johnny Samson (Ketua Bahagian Pengurusan Sisa Pepejal, KKTP Sabah)
???????Kehadiran JAS Sabah: PP FM
?? Agenda Mesyuarat:
1?? Perutusan Pengerusi
2?? Taklimat dan penjelasan dari pihak JPSPN & Perunding yang dilantik berkenaan perkara di atas;
3?? Perbincangan/Ulasan;
4?? Hal-hal lain dan penangguhan mesyuarat.
?? Ringkasan Laporan Mesyuarat:
??????? Cadangan awal projek Tapak Pelupusan Sanitari Sisa Pepejal Bersepadu Pantai Barat Selatan Sabah di Kg. Lumat, Beaufort tidak diteruskan memandangkan Laporan EIA tapak berkenaan tidak diluluskan kerana tapak yang tidak sesuai dan terletak di tanah gambut yang mudah terbakar serta terdedah risiko banjir.
??????? Lokasi baru tapak pelupusan yang dicadangkan terletak di kawasan Mandahan, Kimanis, Papar yang merupakan tanah tidak bergeran dengan keluasan tanah yang diperuntukkan 150 ekar. Pelaksanaan projek ini telah mendapat kelulusan Kabinet Kerajaan Negeri Sabah dan zon tapak yang dicadangkan telah diwartakan kepada zon rizab tapak pelupusan sampah di bawah seliaan dan milik Majlis Daerah Papar.
??????? Berdasarkan lawatan awal tapak pelupusan yang telah dijalankan oleh JAS Sabah bersama-sama KKTP, JPSPN dan Majlis Daerah Papar pada 6 Disember 2022, jalan akses masuk tapak adalah melalui jalan Kg. Mandahan dan melalui SK Mandahan dengan jarak melebihi 1 KM. Terdapat sebuah rumah kampung terletak di dalam kawasan tapak projek yang dicadangkan. Merujuk kepada garis panduan SZIRA, jarak zon penampan minimum (buffer zone) yang disyorkan bagi lokasi tapak projek adalah 500 meter dari kawasan sensitif alam sekitar seperti penempatan penduduk, hospital, sekolah dan lain-lain.
??????? Aktiviti yang dicadangkan adalah Aktiviti Yang Ditetapkan (AYDT) di bawah Jadual Kedua, Aktiviti 14(b) Sisa Pepejal, (ii) Pembinaan kemudahan tapak penimbusan sanitari, Perintah EIA 2015. Pihak JPSPN telah maklum mengenai keperluan EIA di bawah JAS yang mana Laporan EIA perlu dikemukakan kepada JAS Ibu Pejabat di Putrajaya.
??????? Semasa lawatan tapak, pihak KKTP Sabah dan JPSPN juga dinasihatkan untuk mengenalpasti beberapa option jalan akses masuk ke tapak yang dicadangkan bagi mengelakkan melalui jalan kampung dan sekolah serta mengkaji aktiviti pengurusan sisa pepejal lain yang boleh diintegrasi dengan tapak pelupusan seperti insinerator, loji kitar semula dan lain-lain. Pihak KKTP dan JPSPN telah mengenal pasti empat (4) option dan sedang dalam proses kajian utk menentukan option jalan masuk yg paling sesuai. Lawatan tapak akan dijalankan pada 9 Mei 2023 bersama-sama dengan JTU, MD Papar dan jururunding EIA yang dilantik bagi mendapatkan nasihat lanjut.
??????? Pihak KKTP & Majlis Daerah Papar juga perlu mengambilkira cadangan Kerajaan Negeri Sabah bagi pembinaan baru Lapangan Terbang Kota Kinabalu yang didapati juga dicadangkan terletak di kawasan Mandahan, Kimanis memandangkan kedua-dua aktiviti berkenaan adalah tidak serasi (incompatibility) antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, maklumbalas drpd pihak KKTP memaklumkan projek ini perlu diteruskan di tapak yang dicadangkan kerana telah mendapat kelulusan Kabinet manakala projek Lapangan Terbang berkenaan masih dalam peringkat awal kajian kebolehlaksanaan projek.