PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PEMANTAUN PUNCA PENCEMARAN TERUS DITINGKATKAN PADA CUACA PANAS KERING

DOE Terengganu 24/05/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PEMANTAUN PUNCA PENCEMARAN TERUS DITINGKATKAN PADA CUACA PANAS KERING
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
24/05/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KEMAMAN, 01 Mei 2023 –Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu Cawangan Kemaman terus meningkatkan rondaan bagi mencegah pembakaran terbuka dan memantau punca pencemaran ke atas punca-punca  pencemaran susulan cuaca panas dan kering yang melanda Negara kita dijangka sehingga Ogos 2023. Rondaan dan pemantauan di daerah ini melibatkan kawasan penempatan di kampung-kampung dan taman-tanam perumahan, kawasan kilang-kilang serta tapak pelupusan sampah. Pemasangan banner larangan pembakaran terbuka telah dibuat di kawasan yang perpotensi aktiviti tersebut dilakukan oleh orang ramai sebagai usaha pencegahan dan peringatan supaya aktiviti ini tidak diteruskan . Pemeriksaan ke atas infrastruktur check dam di kawasan sering berlaku kebakaran semasa cuaca panas dan kering di Kg. Mak Lagam dan Kg. Bukit Takal juga dijalankan didapati ianya berkeadaan baik dan berfungsi. Kesiap sediaan JAS Terengganu Cawangan Kemaman ini bagi menjalankan rondaan dan memantau punca pencemaran di daerah ini, demi memastikan kesejahteraan orang awam dan alam sekitar diberi keutamaan.   #kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan