Penerangan
KEMAMAN, 06 Mei 2023 –Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu Cawangan Kemaman terus komited menjalankan rondaan bagi mencegah pembakaran terbuka dan memantau punca pencemaran ke atas punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Rondaan dan pemantauan ini melibatkan Gong Limau, Gong Pauh, Kg Besut, Bukit Kuang, Kijal, Kemasik, Kerteh, Kg Chabang, Chukai dan Binjai. Tiada pembakaran terbuka dikesan sepanjang laluan rondaan dijalankan.
Pemeriksaan susulan kawasan terbakar di Kemasik hasil maklumat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kertih pada 5 Mei 2023 lalu juga dibuat, didapati kawasan kebakaran telah padam sepenuhnya.
Pemantauan di kawasan penempatan kilang-kilang di Kawasan Perindustrian Kerteh dan Taman Industri Bio-Polimer Kerteh didapati tiada aktiviti abnormal ditemui dan tiada bau yang kuat dikesan yang boleh menyebabkan kacau ganggu kepada orang awam di sekitar kawasan tersebut.
Pemeriksaan ke atas kemudahan infrastruktur pencegahan kebakaran tanah gambut iaitu check dam. di kawasan yang sering terbakar pada cuaca kering di Kg. Chabang Kerteh didapati berada pada keadaan yang baik dan berfungsi.
JAS Terengganu Cawangan Kemaman sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan kejadian pencemaran di daerah ini, demi memastikan kesejahteraan orang awam menjadi keutamaan.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama