Penerangan
KEMAMAN, 06 Mei 2023 –Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu Cawangan Kemaman terus komited menjalankan rondaan bagi mencegah pencemaran dari punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di daerah ini.
Rondaan dan pemantauan pada waktu malam ini tertumpu di kawasan penempatan kilang-kilang di Kawasan Perindustrian Kerteh dan Taman Industri Bio-Polimer Kerteh.
Hasil rondaan dan pemanataun ini didapati tiada aktiviti abnormal ditemui dan tiada bau yang kuat dikesan yang boleh menyebabkan kacau ganggu kepada orang awam di sekitar kawasan tersebut.
JAS Terengganu Cawangan Kemaman sentiasa bersiap sedia pada setiap masa bagi menghadapi sebarang kemungkinan kejadian pencemaran di daerah ini, demi memastikan kesejahteraan orang awam menjadi keutamaan.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama