PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PANTAU PUNCA PENCEMARAN DEMI KESEJAHTERAAN ORANG AWAM

DOE Terengganu 24/05/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PANTAU PUNCA PENCEMARAN DEMI KESEJAHTERAAN ORANG AWAM
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
24/05/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 06 MEI 2023-  Cuti hujung minggu, pasukan penguatkuasa JAS Terengganu terus  menjalankan rondaan dan memantau punca-punca pencemaran di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Rondaan dan pemantauan ini melibatkan sekitar Marang, Wakaf Tapai, Ajil, Kuala Berang, Hulu Terengganu, Jerangau, Dungun dan  Chendering. Hasil rondaan dan pemantauan ini, tiada sebarang pembakaran terbuka ditemui. Walau bagaimanapun satu lokasi pembersihan tanah dikesan di Kg. Tok Kah, daerah Dungun. Pemasangan banner larangan pembakaran terbuka di lokasi berkenaan bagi memberi peringatan tentang kesalahan tersebut sekiranya diteruskan. Pemantauan kilang-kilang di Kawasan Perindustrian Wakaf Tapai, Kawasan Perindustrian Ajil dan Kawasan Perindustrian Chendering didapati tiada pencemaran dan sebarang aktiviti abnormal yang di kesan. Selain itu pemantauan di Tapak Pelupusan Sampah Kuala Berang didapati tiada sebarang pembakaran terbuka dikesan. Pemantauan dan pemeriksaan infastruktur check dam di kawasan tanah gambut di Kampung Tok Kah, Dungun, mendapati ianya berada pada keadaan yang baik. Pemantauan pencemaran marin di Pantai Pandak Chendering, tiada sebarang penemuan tarball dan tumpahan minyak. Kesiap siagaan pasukan penguatkuasa JAS Terengganu bagi memastikan punca-punca pencemaran berada pada tahap pematuhan yang baik. #Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan