PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN SEGERA ADUAN PENCEMARAN PADA CUTI UMUM HARI PEKERJA

DOE Terengganu 24/05/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN SEGERA ADUAN PENCEMARAN PADA CUTI UMUM HARI PEKERJA
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
24/05/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 01 MEI 2023-  Cuti umum sempena hari pekerja, pasukan penguatkuasa JAS Terengganu terus  menjalankan siasatan segera ke atas aduan yang diterima daripada orang awam pada cuti umum hari pekerja. Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) serta memantau punca-punca pencemaran bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 turut dijalankan. Siasatan aduan pencemaran udara iaitu pelepasan asap daripada kilang kelapa sawit yang beroperasi di daerah Dungun didapati berasas. Amaran keras telah dikeluarkan ke atas premis berkenaan di bawah Seksyen 16 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014. Rondaan dan pemantauan telah dilakukan di sekitar Kerteh, Paka, Dungun, Marang, Chendering, Kuala Ibai, Merchang dan Rantau Abang. Hasli rondaan dan pemantauan ini tiada Pembakaran terbuka ditemui. Walau bagaimanapun satu lokasi pembersihan tanah dikesan di Rantau Abang, daerah Dungun. Pemasangan banner larangan pembakaran terbuka di lokasi kejadian bagi memberi peringatan tentang kesalahan tersebut sekiranya diteruskan. Pemantauan kilang-kilang di Kawasan Taman Industri Paka dan Kawasan Perindustrian Chendering,  didapati tiada pencemaran dikesan. Kesiap siagaan pasukan penguatkuasa JAS Terengganu bagi memastikan punca-punca pencemaran berada pada tahap pematuhan yang baik. #Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan