Penerangan
KEMAMAN, 01 Mei 2023 –Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu Cawangan Kemaman terus komited menjalankan rondaan bagi mencegah pembakaran terbuka dan memantau punca pencemaran ke atas punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Rondaan dan pemantauan dijalankan di kawasan sekitar Chukai,Geliga,Kuala Kemaman,Mak Lagam,Binjai, Mak Chili, Gong Limau, Kg Besut, Bukit Kuang, Telok Kalong, Kijal dan Bakau Tinggi.
Hasil rondaan dan pemantauan ini, tiada pembakaran terbuka ditemui.
Pemantauan di kawasan penempatan kilang-kilang juga dilakukan di Kawasan Perindustrian Telok Kalong. Tiada aktiviti abnormal dikesan.
Pemeriksaan ke atas kemudahan infrastruktur pencegahan kebakaran tanah gambut iaitu check dam. di kawasan yang sering terbakar pada cuaca kering di Mak Lagam Chukai didapati berada pada keadaan yang baik dan berfungsi.
Kesiap sediaan JAS Terengganu Cawangan Kemaman ini bagi menghadapi sebarang kemungkinan kejadian pencemaran di daerah ini.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama