Penerangan
18 April 2023 (Selasa), Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang telah menjalankan operasi bersepadu iaitu Ops Gempur Raya 2023 dari 10 hingga 13 April 2023. Operasi ini melibatkan 7 pasukan dengan bilangan anggota penguatkuasa seramai 21 orang. Turut serta dalam operasi adalah Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Suruhanjaya Perkhidmatan Air (SPAN) dan Indah Water Konsortium (IWK). Sebanyak 16 premis telah dilawat pada operasi ini dimana terdapat 23 kesalahan yang melibatkan pelepasan effluent, pelepasan kumbahan dan pengurusan buangan terjadual.