18 Mei 2023, MELAKA- JAS Melaka telah melakukan program kesedaran melalui melalui slot wawancara Radio MelakaFM (102.3 Mhz) bertajuk Larangan Pembakaran Terbuka Di Musim Monsun Barat Daya oleh Puan Hazereen binti Mohammad, Ketua Bahagian Pembangunan Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka. Wawancara tersebut telah dijalankan pada pukul 1.30 petang.
Wawancara Radio Atas Talian Bagi Hebahan Aktiviti Pencegahan Pembakaran Terbuka Khususnya Bagi Masyarakat Di Sekitar Negeri Melaka.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka selaku agensi yang berperanan untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada masyarakat khususnya di Negeri Melaka untuk tidak melakukan aktiviti yang boleh menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara terutamanya pembakaran terbuka yang boleh menyebabkan jerebu, menjejaskan kualiti udara dan kesihatan awam.
Jabatan ini ingin menegaskan bahawa jika didapati bersalah melakukan aktiviti pembakaran terbuka, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM 500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali dan kompaun maksimum sebanyak RM 2,000.
Aduan orang awam berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar boleh disalurkan di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected]