Penerangan
22 MEI 2023 AYER KEROH, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka bersama-sama Hospital Pantai Melaka telah berkolaborasi dalam menjayakan Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Negeri Melaka pada 18 Mei 2023 yang lepas.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah mengadakan pameran kesedaran alam sekitar dan ceramah berkaitan buangan terjadual (sisa klinikal) telah disampaikan oleh Ketua Unit Pendidikan, Kesedaran dan Pengawasan Encik Azmi bin Kisson, Pegawai Kawalan Kanan, Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka. Sesi ceramah telah disertai oleh pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan Hospital tersebut dimana ia merupakan program berkala ‘Lifelong Learning’.
Di sebelah petang pula, sesi penanaman pokok dimana anak-anak pokok telah dibekalkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Melaka. Dintara pokok-pokok yang ditanam adalah pokok jambu lohan, limau nipis dan pelbagai pokok herba di sudut rekreasi Hospital tersebut. Sesi penanaman pokok telah diketuai oleh Pegawai Hospital Puan Catherine dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka diwakili oleh Puan Hazereen binti Mohammad, Ketua Bahagian Pembangunan selain Ketua-ketua Bahagian di hospital tersebut. Diharapkan pokok-pokok buah yang ditanam selain membekalkan oksigen dapat menyokong sekuriti makanan dengan membekalkan buah-buahan untuk komsumsi pegawai dan staf Hospital. Penanaman pokok juga dapat menstabilkan cerun yang merupakan salah satu kawalan biologi di sudut bercerun hospital tersebut.
Selain itu, aktiviti permainan alam sekitar menggunakan aplikasi kahoot dan kaunter pendaftaran Rakan Alam Sekitar (RAS) juga dibuka untuk orang awam dan peserta program.
#KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama