TARIKH : 21/05/2023 (AHAD)
MASA : 9.00 am – 4.30 pm
LOKASI RONDAAN:
- LEBUHRAYA KLIA BANTING
- LEBUHRAYA DENGKIL BANTING (32)
- BANDAR BANTING
- KAWASAN PERINDUSTRIAN BANTING
- KAMPUNG SUNGAI SEDU, JENJAROM
- KAWASAN PERUSAHAAN TELOK PANGLIMA GARANG
- JALAN WAJA
- JALAN ENGGANG
- JALAN KEBUN BATU 9
- RIMBAYU
- BANDAR SAUJANA PUTRA
- GAMUDA COVE
- KOTA WARISAN
Sepang, 21 Mei 2023 - Rondaan harian oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) cawangan Sepang mendapati sebahagian premis industri beroperasi manakala selebihnya tidak beroperasi disebabkan cuti hujung minggu. Tiada pencemaran dan pelepasan air (efluen) yang mencurigakan ditemui. Cuaca hujan pada waktu pagi dan mendung sepanjang rondaan dijalankan sehingga ke petang. Rondaan di sekitar kawasan Perindustrian Banting dan kawasan Perusahaan Telok Panglima Garang mendapati tiada aktiviti pembakaran terbuka dan pelepasan asap hitam ditemui di kawasan yang dironda. Secara keseluruhan keadaan di lokasi yang dironda adalah dalam keadaan baik dan terkawal. Pemantauan akan dilakukan dari masa ke semasa bagi menjamin kelestarian alam sekitar.