Penerangan
TARIKH : 8/5/2023(ISNIN)
MASA : 10.00 pagi - 11.30 pagi
LOKASI : KAMPUNG PANDAN JAYA, JALAN PANDAN JAYA
Ampang Jaya, 8 Mei 2023 - Aduan diterima daripada Ketua Cawangan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kajang melalui 'whatsapp' dan pasukan penyiasat segera menjalankan siasatan di lokasi yang diadukan. Semasa siasatan, didapati kawasan tersebut merupakan perumahan kampung penempatan haram yang didiami oleh warga asing dan tempatan yang majoritinya menjalankan perusahaan barangan lusuh (di bawah rentis TNB). Pemerhatian terhadap lokasi aduan mendapati 2 lokasi kesan terbakar dan siasatan dengan penduduk mendakwa warga asing membakar wayar untuk mengambil tembaga. Pegawai penyiasat bertindak menggantung 3 'banner' Larangan Pembakaran Terbuka di lokasi dan memberi amaran lisan kepada semua penduduk yang ditemui ketika siasatan. Disyorkan dipanjangkan kepada PBT bagi mengambil tindakan lanjut kerana isu utama kawasan tersebut ialah penempatan haram yang menjalankan perniagaan barangan lusuh tanpa kebenaran.