TARIKH : 06/05/2023 (SABTU)
MASA : 11.00AM - 7.00PM
LOKASI:
- Kawasan Perindustrian Kota Kemuning
- Kawasan Perindustrian Kemuning Utama Sek.33
- Kawasan Perindustrian Sek.15
- Kawasan Perindustrian Sek.32
- Kawasan Perindustrian Sek.23
- Kawasan Perindustrian Sek.16
Shah Alam, 6 Mei 2023 - Pasukan peronda melakukan pemantauan pada saluran perparitan awam disekitar kawasan perindustrian, dan mendapati tiada sebarang pencemaran dikesan. Tinjauan yang dijalankan di sekitar longkang premis juga tidak menemui sebarang unsur pencemaran air atau pelepasan air berwarna yang mencurigakan.
Pemantauan secara visual pada cerobong premis di sekitar kawasan perindustrian mendapati dalam keadaan terkawal, tiada pelepasan asap hitam kelihatan serta sebarang bau yang mengganggu dikawasan premis yang dipantau.
Aktiviti dan kesan pembakaran terbuka juga tidak ditemui semasa rondaan. Keseluruhan pemantauan rondaan di kawasan perindustrian Shah Alam berada dalam keadaan baik & terkawal.