Penerangan
LIPIS, 8 Mei 2023 - Satu penguatkuasaan terhadap projek-projek pembinaan lebuhraya yang tertakluk EIA telah dijalankan oleh pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Cawangan Cameron Highlands.
Tindakan Notis Arahan dan Field Citation telah dikeluarkan kepada penggerak projek bagi memastikan pematuhan terhadap akta dan peraturan yang berkaitan.
JAS mengingatkan kepada semua penggerak projek dan premis agar sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.