Penerangan
Shah Alam, 17 Mei 2023 – Perhimpunan Bulanan Bil. 2/2023 telah diadakan bertempat di Bilik Kesidang, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor. YBrs. Puan Nor Aziah binti Jaafar, Pengarah JAS Negeri Selangor dalam ucapannya telah menyampaikan amanat kepada semua warga JAS Negeri Selangor untuk mempertingkatkan komunikasi yang berkesan serta integriti bagi menjamin mutu perkhidmatan JAS.
Perhimpunan pada kali ini juga diteruskan dengan taklimat oleh En. Mohd Suhaimi bin Azmi selaku Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Operasi II Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor berkaitan integriti serta nilai integriti kepada individu serta organisasi.