PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN DAN PEMANTAUAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DI NEGERI PERLIS

DOE Perlis 22/05/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN DAN PEMANTAUAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DI NEGERI PERLIS
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
22/05/2023
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

17 Mei 2023, KANGAR – Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis telah menjalankan rondaan dan pemantauan pada cuti kelepasan am Negeri Perlis pada hari ini bagi mencegah pembakaran terbuka dan pencemaran di beberapa lokasi di kawasan perindustrian serta di tapak projek EIA. Antara lokasi tersebut adalah Chuping, Padang Besar, Arau, Sanglang, Kuala Perlis dan Kangar. Hasil pemantauan dan siasatan mendapati tiada aktiviti pencemaran dan pembakaran terbuka berlaku di kawasan industri dan tapak projek EIA tersebut. Kehadiran penguatkuasa Jabatan ini di lapangan walaupun semasa hari kelepasan am negeri menunjukkan komitmen yang tinggi Jabatan bagi memastikan alam sekitar Negeri Perlis terus terpelihara. Orang ramai juga adalah diingatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka semasa cuaca kering ini. Tindakan undang-undang di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 boleh dikenakan bagi kesalahan melakukan pembakaran terbuka, iaitu kompaun tidak melebihi RM2,000.00 bagi setiap longgokan kebakaran dan denda tidak melebihi RM500,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya. Jabatan ini menyeru orang ramai supaya tampil membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my #nrecc #jabatanalamsekitar #jasperlis #alamsekitartanggungjawabbersama #jasperlis_mei2023

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan