PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

PROGRAM SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS) BERSAMA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (P) ALAWIYAH KANGAR SEMPENA MERAIKAN HARI BUMI PERINGKAT NEGERI PERLIS 2023

DOE Perlis 22/05/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS) BERSAMA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (P) ALAWIYAH KANGAR SEMPENA MERAIKAN HARI BUMI PERINGKAT NEGERI PERLIS 2023
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
22/05/2023
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

11 MEI 2023, KANGAR - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah bekerjasama dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Alawiyah Kangar dan Environment Idaman Sdn. Bhd. bagi menjayakan sambutan Hari Bumi tahun 2023 dengan tema ‘Invest In Our Planet’ bagi memastikan kelestarian alam sekitar terus terpelihara untuk generasi masa depan. Program Sekolah Lestari ini telah disertai oleh para pelajar dan warga sekolah yang terdiri dari kalangan guru dan kakitangan pengurusan sekolah. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah program pengumpulan ewaste dan kitar semula barangan seperti kotak, kertas dan plastik. Selain itu, ceramah, pameran dan pendaftaran Rakan Alam Sekitar juga turut di adakan kepada para pelajar bagi berkongsi maklumat berkaitan penjagaan alam sekitar. Program seperti ini sangat bermaanfaat kepada para pelajar kerana selain dapat membersihkan kawasan persekitaran sekolah, ia juga dapat mendidik para pelajar untuk mengamalkan amalan kitar semula dalam hidupan seharian disamping dapat menjana pendapatan sampingan. Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Alawiyah Kangar di atas kerjasama yang diberikan dan semoga kerjasama yang terjalin akan berterusan demi memastikan kelestarian alam sekitar terus terpelihara untuk generasi akan datang. #nrecc #jabatanalamsekitar #jasperlis #alamsekitartanggungjawabbersama #jasperlis_mei2023

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan