Penerangan
3 MEI 2023 SERI NEGERI, MELAKA - Tuan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka, Encik Rosli bin Mustafa telah menjalankan kunjungan hormat kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh pada hari ini. Kunjungan hormat ini adalah bertempat di Pejabat YAB Ketua Menteri di Seri Negeri, Melaka.
Turut sama dalam sesi kunjungan hormat ini adalah Ketua Bahagian Pembangunan Puan Hazereen binti Mohammad. YAB Ketua Menteri telah diberikan taklimat secara ringkas berkenaan peranan Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka dan status pemprosesan laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi projek-projek pembangunan di kawasan Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ) yang merupakan perancangan mega tambakan laut di Melaka Tengah, Melaka. Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka memproses laporan EIA (Jadual Pertama) yang diterima berpandukan garispanduan-garispanduan yang diterbitkan Jabatan dan kelulusan akan dikeluarkan dalam masa 5 minggu bagi laporan EIA yang lengkap dan teratur.
Adalah dipohon Kerajaan Negeri Melaka dibawah kepimpinan Ketua Menteri yang ke-13 akan melaksanakan pembangunan di Melaka secara lestari dan mapan.
#KementerianSumberAsliAlamSekitardanPerubahanIklim
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasnegerimelaka