Penerangan
9 MEI 2023 MENARA PERSEKUTUAN, MELAKA - Ketua Bahagian Pembangunan JAS Melaka Puan Hazereen binti Mohammad telah menerima kunjungan Encik Kamarulzaman bin Ahamad Zainudin, Pengarah SIRIM Melaka bagi mendapatkan input dan maklumat berkaitan pemeriksaan buangan terjadual dengan menjurus kepada premis-premis bengkel, klinik dan SME di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Melaka.
Turut sama dalam sesi kunjungan ini adalah Unit Pendidikan dan Sebaran Maklumat Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka. Diharapkan kerjasama diantara SIRIM dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka dapat dijalinkan bagi mengelakkan dan mengawal pencemaran terutama yang berpunca dari buangan terjadual di Negeri Melaka.
#KementerianSumberAsliAlamSekitardanPerubahanIklim
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasnegerimelaka