PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

MAJLIS PELANCARAN HANDBOOK “ENVIRONMENTAL BEST MANAGEMENT PRACTICES GRID DEVELOPMENT’S PROJECT SITE”

DOE WP Putrajaya 22/05/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS PELANCARAN HANDBOOK “ENVIRONMENTAL BEST MANAGEMENT PRACTICES GRID DEVELOPMENT’S PROJECT SITE”
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
22/05/2023
Organisasi
DOE WP Putrajaya
Lokasi
Hotel Dorset Putrajaya

Penerangan

16 Mei 2023, Putrajaya – Bahagian Penilaian Jabatan Alam Sekitar ibu pejabat bersama-sama Tenaga Nasional Berhad, TNB telah menerbitkan satu handbook yang bertajuk “Environmental Best Management Practices Grid Developments Project Site”. Handbook ini telah dilancarkan oleh Puan Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Jabatan Alam Sekitar Malaysia bersama Chief Grid Officer Grid Division, TNB. Majlis pelancaran ini telah dihadiri oleh 200 orang peserta terdiri daripada Pengarah – pengarah serta pegawai – pegawai JAS Ibu Pejabat dan JAS Negeri, ketua – ketua jabatan TNB, pegawai – pegawai TNB serta kontraktor – kontraktor TNB. Handbook ini merupakan panduan kepada semua kakitangan bagi projek pembangunan Grid TNB termasuk kontraktor dan semua pihak yang berkaitan bagi amalan pengurusan terbaik (BMP) berhubung dengan pengurusan alam sekitar semasa peringkat pembinaan di tapak projek. Kandungan buku panduan ini adalah berdasarkan amalan pengurusan terbaik (BMP) yang telah dilaksanakan oleh pihak TNB semasa pembangunan projek talian pemancar. #pemuliharaanalamsekitartanggungjawabbersama #jabatanalamsekitar #nrecc