PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR

DOE Selangor 31/05/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
22/05/2023
Organisasi
DOE Selangor
Lokasi
Selangor

Penerangan

TARIKH/HARI: 04/05/2023 (KHAMIS) MASA  : 11.00 AM - 7.00 PM LOKASI:
  • Kawasan Perindustrian Hicom Glenmarie U1
  • Kawasan Perindustrian Bukit Cherakah U9
  • Kawasan Perindustrian TUDM Subang U6
  • kawasan Perindustrian Mah Sing U5
  • kawasan Perindustrian USJ (Taman Perindustrian Subang)
Shah Alam, 4 Mei 2023 – Rondaan pemantauan pencemaran memfokuskan kepada kawasan perindustrian dan kawasan-kawasan yang berpotensi berlakunya pencemaran. Rondaan di kawasan perindustrian mendapati kebanyakan premis besar beroperasi dan premis di kawasan industri kecil tidak beroperasi. Pegawai juga telah melakukan pemeriksaan sekitar longkang premis dan mendapati tiada sebarang unsur pencemaran air atau pelepasan efluen tidak terolah ke longkang awam dan tanda-tanda pencemaran bagi punca udara dan PT. Rondaan pemantauan juga dilakukan di kawasan USJ 9 bagi pemantauan susulan ke atas aduan bau yg dipanjangkan oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ). Semasa pemantauan dilakukan, tiada bau atau punca pencemaran dikesan. Secara keseluruhannya, keadaan kawasan rondaan adalah baik dan terkawal tanpa sebarang aduan dan pencemaran yang dikesan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan