Penerangan
BENTONG, 18 April 2023 - Unit Penilaian EIA, Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang telah menjalankan satu lawatan tapak EIA ke tapak cadangan projek di Mukim Bentong, Daerah Bentong, Pahang yang dihadiri oleh Timbalan Pengarah JAS Negeri Pahang, Tuan Haji Muhammad Hisyam bin Abdullah serta PlanMalaysia Pahang, Majlis Daerah Bentong, Jabatan Mineral dan Geosains, Badan Kawal Selia Air. Turut hadir bersama juga penggerak projek dan perunding.
Tujuan lawatan adalah bagi mendapatkan maklumat yang tepat di tapak sedia ada dan keadaan semasa tapak cadangan projek mengikut kehendak Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sebelum laporan EIA ini boleh diluluskan.
Cadangan projek ini berkeperluan untuk menyediakan laporan EIA kerana aktivitinya yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015.