Penerangan
CAMERON HIGHLANDS, 13 April 2023 - Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Cawangan Cameron Highlands bersama-sama Pengurusan Air Pahang (PAIP) Daerah Lipis dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd telah menjalankan Operasi Bersepadu pada 6 April 2023 dan 13 April 2023 bagi memastikan pematuhan terhadap perundangan yang ditetapkan sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.
Operasi bersepadu ini telah dijalankan terhadap beberapa buah Loji Rawatan Air di dalam Daerah Lipis dan Loji Rawatan Kumbahan di sekitar Daerah Cameron Highlands. Pihak Loji Rawatan Air dan pemilik Loji Rawatan Kumbahan telah diberikan Arahan Lisan agar pematuhan berterusan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Persampelan efluen dan kumbahan juga telah dijalankan dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa.