Penerangan
ROMPIN, 13 April 2023 - Operasi Gempur Raya telah dijalankan bermula 4-6 April 2023 yang lalu melibatkan empat (4) Loji Pengolahan Kumbahan IWK dalam daerah Rompin dan premis haram peleburan aluminium. Operasi ini dijalankan bagi mencegah isu-isu pencemaran alam sekitar khususnya berkaitan pencemaran air dan industri-industri utama termasuk industri pembuatan bersempena Musim Perayaan Aidilfitri.
Hasil pemeriksaan ke atas Loji - loji pengolahan kumbahan mendapati tiada pintasan atau pelepasan secara haram dan mencurigakan. Persampelan rasmi juga telah dijalankan bagi mengenalpasti kadar pelepasan kumbahan premis, tidak melebihi had pelepasan yang ditetapkan di bawah Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009 dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Tindakan tegas juga telah diambil ke atas premis peleburan haram aluminium dimana tindakan pemotongan bekalan elektrik dan Perintah Larangan telah dikenakan ke atas premis.