Penerangan
SESI TOWN HALL KERTAS PUTIH KESIHATAN (HEALTH WHITE PAPER-HWP) BERSAMA YANG BERHORMAT MENTERI KESIHATAN MALAYSIA ????????????????????????
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang dalam fasa akhir penyediaan draf Kertas Putih Kesihatan. lanya merupakan dokumen pelan reformasi kesihatan negara yang menggariskan cabaran utama yang dihadapi oleh sistem kesihatan serta mengemukakan cadangan-cadangan penyelesaian bagi memastikan sistem kesihatan yang lebih berkualiti, mampan dan berdaya tahan.
Pelbagai sesi libat urus sedang dilaksanakan bertujuan untuk mendapatkan pandangan daripada pemegang taruh termasuk rakyat berkaitan HWP tersebut.
Sehubungan dengan itu, Sesi Town Hall ????YB Menteri Kesihatan bersama rakyat di Sabah telah diadakan pada 28 April 2023 bertempat di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Kota Kinabalu dan JAS Sabah telah diwakili oleh ???????PP(K) Melissa Joseph James & ???????PP(K) Chai Hsieh Nee
????????? Intipati Sesi Town Hall ini dimulakan dengan Kata Aluan oleh YBhg. Datuk Dr. Rose Nani Mudin, Pengarah
Kesihatan Negeri Sabah dan disusuli dengan Ucapan Pembuka Bicara Oleh YB Dr. Zaliha Binti Mustafa, Menteri
Kesihatan
??? Program disusuli dengan Pembentangan Kertas Putih Kesihatan dan diakhiri dengan Sesi Dialog Kertas Putih Kesihatan.
???? Kesihatan Planeterium @ Bumi juga diketengahkan dalam Kertas Putih Kesihatan yang akan dibentangkan di Parlimen.
Maklumat lanjut berhubung Kertas Putih Kesihatan boleh dirujuk di????
https://drive.google.com/drive/folders/1s1I4ICYxfDc010RPKe1vO4hiiAJDnnfh