Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- MESYUARAT PROGRAM PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN KELESTARIAN ALAM SEKITAR BIL.01/2023
- Tahun
- 2023
- Tarikh Keluaran
- 09/05/2023
- Organisasi
- DOE Sabah
- Lokasi
- Sabah>KOTA KINABALU
Penerangan
?? MESYUARAT PROGRAM PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN KELESTARIAN ALAM SEKITAR BIL.01/2023 ?????
?? Tarikh: 19 April 2023 (Rabu)
? Masa: 9.30 - 11.00 pagi
?? Tempat: Pejabat KPLB
Pengerusi: SUR SE
????? Kehadiran JAS Sabah: PP RK
?? Ringkasan Mesyuarat :
1?? Mesyuarat diadakan untuk menerangkan perancangan program Pengurusan Sisa Pepejal Dan Kelestarian Alam Sekitar bagi tahun 2023.
2?? KPLB merancang untuk mengadakan program di 12 DUN untuk tahun 2023.
3?? Program pertama adalah pada 6-9 Jun 2023 yang melibatkan 4 DUN di Daerah Keningau Dan Sook. Program ini menyasarkan JPKK setiap kampung di DUN yang dirancang.
4?? JAS dijemput sebagai penceramah bagi setiap sesi program. Pada setiap sesi program, urusetia mengalu-alukan Kehadiran Pengarah setiap jabatan yang dijemput semasa majlis penutupan.
5?? Tajuk ceramah/perkongsian hendaklah bersesuaian dengan Pengurusan Sisa Pepejal. Slot setiap jabatan adalah selama 2 jam. Tajuk yang dicadangkan adalah kesedaran berkenaan Pembakaran Terbuka dan Pengurusan Buangan e-waste.
6?? Pameran setiap jabatan semasa program adalah tertakluk kepada ruang tempat program.
7?? Mesyuarat kedua dijangka diadakan di Pejabat Daerah Keningau pada 19 Mei 2023. Lawatan tempat turut diadakan pada hari yang sama.
8?? Bahan/perancangan program setiap jabatan hendaklah dikongsi kepada KPLB sebelum/pada 12 Mei 2023.