Penerangan
??SESI PEMBENTANGAN STATUS DAN ISU PROJEK PERINTIS SISTEM PEMANTAUAN EIA (SPEIA)??
??Tarikh: 17 April 2023 (Isnin).
?? Masa: 02.00 petang - 03.30 petang.
??Tempat: Bilik Cempaka, Aras 3, JAS Ibu Pejabat, Putrajaya dan secara dalam talian Google Meet.
??Anjuran: Bahagian Penilaian JAS Ibu Pejabat.
??Jumlah Kehadiran: Seramai lebih kurang 35 orang hadir secara fizikal dan 7 orang dalam talian terdiri dari pegawai-pegawai Bahagian JAS Ibu Pejabat dan JAS Negeri.
????? Kehadiran JAS Sabah: KPP(P)(YY) & PP(K)(SJ).
??Butiran Sesi Pembentangan:
1?? Sesi pembentangan dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBhg. Tuan Wan Abdul Latiff Wan Jaffar, Ketua Pengarah, Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS). Turut hadir YBrs. Puan Mashitah Darus, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAS. Taklimat perbincangan disampaikan oleh YBrs. Puan Rohimah Ayub, Pengarah, Bahagian Penilaian JAS Ibu Pejabat.
2?? Pihak urusetia memaklumkan bahawa sesi pembentangan pelaporan status, isu berbangkit dan cadangan projek perintis Sistem Pemantauan EIA (SPEIA) oleh setiap wakil JAS Negeri. Setiap pembentangan hanya diberi lima (5) minit untuk laporan.
3?? Wakil JAS Sabah telah melaporkan sebanyak dua (2) projek EIA yang telah dipilih sebagai projek perintis SPEIA iaitu pembinaan STP KKIP dan STP Putatan. Penggerak Projek (PP) ialah Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Sabah (JPPS).
4?? Kedua-dua projek ini telah berjaya mengemukakan laporan bulanan sehingga Februari 2023 melalui sistem SPEIA. Sebanyak enam (6) isu berbangkit dan lima (5) cadangan bagi projek ini.
5?? Pihak urusetia memaklumkan bahawa hanya empat (4) JAS Negeri setakat ini berjaya mengemukakan laporan bulanan SPEIA iaitu Perlis, Wilayah Persekutuan Labuan, Johor dan Sabah.
6?? Pihak urusetia turut memaklumkan bahawa bengkel SPEIA melibatkan pegawai JAS Negeri akan dirancang bagi memastikan sistem SPEIA ini semakin mantap disamping meningkatkan kemahiran dan pengetahuan Pegawai.