Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- MESYUARAT PENYELARASAN PELAKSANAAN PEMBANGUNAN PROGRAM PENCEGAHAN DAN PEMANTAUAN KEBAKARAN TANAH GAMBUT SERTA KAWASAN LAIN BERISIKO KEBAKARAN UNTUK MENGATASI JEREBU BIL. 1/2023
- Tahun
- 2023
- Tarikh Keluaran
- 09/05/2023
- Organisasi
- DOE WP Putrajaya
- Lokasi
- Sabah>KOTA KINABALU
Penerangan
MESYUARAT PENYELARASAN PELAKSANAAN PEMBANGUNAN PROGRAM PENCEGAHAN DAN PEMANTAUAN KEBAKARAN TANAH GAMBUT SERTA KAWASAN LAIN BERISIKO KEBAKARAN UNTUK MENGATASI JEREBU BIL. 1/2023
??: 17.04.2023 (Isnin)
?: 9.30 - 11.45 am
??: Atas talian (zoom)
???????Pengerusi: Encik Wan Abdul Latiff bin Wan Jaffar, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Kehadiran JAS Sabah:
1. PP(K) MJJ
2. PK Rosdi
?? Ringkasan mesyuarat:
1. Mesyuarat dimulakan dengan pengesahan minit mesyuarat Bil.3/2022.
2. MET Malaysia memaklumkan negara kini berada dalam Peralihan Monsun bermula 23 Mac 2023 dan dijangka berterusan sehingga pertengahan Mai ini. ENSO-Neutral dijangka berterusan sehingga Jun 2023 dengan kebarangkalian 70%. Jangkaan anomaly hujan bagi kebanyakan Kawasan di Malaysia pada April – September 2023 ialah bawah purata hingga purata.
3. Status perbelanjaan keseluruhan projek RMKe-12 2022 adalah 97.56% dengan JAS Sabah mencatatkan 99.997% (Baki Rm5) daripada jumlah RM216 000 peruntukan yang disalurkan.
4. Pengerusi menekankan berhubung sesi libat urus setiap negeri bagi penyerahan aset tanah gambut kepada Kerajaan Negeri.
5. Bagi tahun 2023, JAS Sabah telah diberikan sebanyak RM150 000 untuk program CEPA dan pemasangan papan tanda Larangan melakukan pembakaran terbuka.
6. Pengerusi mengingatkan semua agensi pelaksana untuk membelanjakan peruntukan mengikut skop yang diluluskan.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.