PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR

DOE Selangor 31/05/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
02/05/2023
Organisasi
DOE Selangor
Lokasi
Selangor

Penerangan

TARIKH : 01/05/2023 (ISNIN) MASA : 11.00AM - 7.00PM LOKASI:
  • Jalan Sg Serdang
  • Jalan Keretapi Lama
  • Kg Tok Muda
  • Batu 12 - 14, Kapar
  • Kawasan Perindustrian Sungai Kapar Indah
  • Bukit Raja
  • Kawasan Perindustrian Meru
Klang Utara, 1 Mei 2023 - Pasukan peronda membuat pemeriksaan susulan terhadap kilang plastik haram di Batu 12 1/2, Kapar yang telah disiasat pada 17 April 2023. Hasil pemeriksaan mendapati premis tidak beroperasi. Kerja-kerja peleraian bagi mesin extruder, crusher dan washing line masih lagi dijalankan. Pemeriksaan lanjut pada sekeliling premis mendapati kerja-kerja housekeping juga giat dijalankan. Pelepasan asap hitam yang berpunca daripada cerobong milik sebuah premis dikesan. Pasukan peronda telah pergi ke premis berkenaan bagi menyiasat punca pelepasan asap hitam tersebut. Hasil penemuan dengan wakil premis, punca terjadinya asap hitam tersebut adalah disebabkan terdapat pembakaran daripada “boiler” cerobong GF2 yang tersumbat semasa proses “start up” dilakukan. Tindakan serta merta yang diambil oleh pihak premis adalah dengan membersihkan burner yang tersumbat. Selepas itu, tiada lagi asap hitam kelihatan pada cerobong GF2. Arahan lapangan telah dikeluarkan kepada pihak premis untuk mengemukakan laporan lengkap berhubung kejadian tersebut kepada JAS Negeri Selangor.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan