PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMANTAUAN PUNCA PENCEMARAN DI BAWAH AKAS 1974

DOE Terengganu 27/04/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMANTAUAN PUNCA PENCEMARAN DI BAWAH AKAS 1974
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
27/04/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

PEMANTAUAN PUNCA PENCEMARAN DI BAWAH AKAS 1974 KUALA TERENGGANU, 9 April 2023 - Cuti Umum sempena sambutan Nuzul Quran di Negeri Terengganu, pasukan penguatkuasa JAS Terengganu terus bersiap sedia dalam menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca-punca pencemaran. Rondaan dan pemantauan dijalankan di daerah Kuala Nerus, Setiu dan Besut. Hasil rondaan dan pemantauan melibatkan tiga daerah ini, tiada sebarang pembakaran terbuka ditemui. Walau bagaimanapun beberapa kawasan pasukan penguatkuasa menemui longgokan sisa- sisa kayu dari aktiviti pembersihan kawasan..Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang dikawasan berkenaan sebagai amaran keras agar aktiviti tersebut tidak diteruskan. Pemantauan operasi kilang di ketiga- tiga daerah ini juga dilakukan, didapati tiada sebarang aktiviti abnormal yang dikesan. Kesiap siagaan pasukan penguatkuasa JAS Terengganu bertujuan untuk mencegah pencemaran berlaku dan sebarang kejadian pencemaran yang berlaku dapat ditangani segera. #Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan