PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PASUKAN PENGUATKUASA JAS CAWANGAN KEMAMAN TERUS PANTAU PUNCA PENCEMARAN PADA CUTI UMUM

DOE Terengganu 27/04/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PASUKAN PENGUATKUASA JAS CAWANGAN KEMAMAN TERUS PANTAU PUNCA PENCEMARAN PADA CUTI UMUM
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
27/04/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

PASUKAN PENGUATKUASA JAS CAWANGAN KEMAMAN TERUS PANTAU PUNCA PENCEMARAN PADA CUTI UMUM KEMAMAN, 9 APRIL 2023: Cuti Umum sempena Hari Nuzul Quran di Negeri Terengganu, pasukan penguatkuasa JAS Terengganu Cawangan Kemaman terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) di daerah ini. Rondaan melibatkan Bandar Chukai, Geliga,Kuala Kemaman,Kg.Fikri , Binjai, Paman,Mak Lagam, Pasir Minal,Ibok,Padang Kemunting,Jom Labuh,Bukit Teruna, Payoh,Air Jernih,Semanyor,Kijal,Titian Berayun,Persisiran Pantai Penunjuk Kijal, Kawasan Perindustrian Teluk Kalong dan Bakau Tinggi. Hasil rondaan ini, tiada pembakaran terbuka dikesan. Walau bagaimanapun beberapa kawasan terdapat longgokan sisa- sisa kayu dari akriviti pembersihan kawasan.Banner larangan pembakaran telah dipasang sebagai amaran keras kepada sesiapa sahaja yang terlibat agar aktiviti ini tidak diteruskan. Pemantauan di kawasan penempatan kilang- kilang di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong juga dilakukan. Tiada kejadian yang mencurigakan dijumpai. Pemantauan infrastruktur pencegahan pembakaran terbuka di kawasan tanah gambut iaitu check dam juga dilakukan dan didapati berada dalam keadaan baik Kesiap siagaan pasukan penguatkuyasa JAS Terengganu Cawangan Kemaman ini diharap dapat memastikan sebarang kes pencemaran di bawah bidang kuasa JAS dapat ditangani segera demi kesejahteraan semua. #Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan