Penerangan
PEMWUJUDAN TEMPAT PENGUMPULAN E-WASTE DARI ISI RUMAH BANTU ORANG AWAM LUPUS SECARA SELAMAT DAN MESRA ALAM
KUALA TERENGGANU, 15 APRIL 2023- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu, sentiasa menjalankan kempen dan program pengumpulan bahan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) bersama-sama syarikat yang diberi lesen di negeri ini.
Inisiatif dan kerjasama ini dilaksanakan bagi membantu orang ramai melupuskan e-waste ini secara yang betul dan selamat mengikut keperluan undang-undang yang ditetapkan.
Komitmen berterusan Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dengan kerjasama Syarikat KT Wan Recycle dan Syarikat Awie Metal Sdn. Bhd, yang merupakan dua (2) syarikat yang mempunyai lesen pengangkutan dan lesen kemudahan pemerolehan kembali luar tapak separa (e-waste) ini diharap dapat memudahkan orang ramai melupuskan e-waste ini di tempat yang dilesenkan oleh jabatan alam Sekitar.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama