Penerangan
OPS GEMPUR RAYA JAS TERENGGANU
KUALA TERENGGANU – Tujuh premis di negeri ini dikesan gagal mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) dan Peraturan-Peraturan di bawahnya yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Hasil Operasi Gempur Raya yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu selama tiga hari bermula 10 April lalu di seluruh negeri melibatkan 6 pasukan penguatkuasa JAS.
Sepanjang operasi tersebut, sebanyak 32 premis telah diperiksa dan daripada jumlah itu, 25 premis didapati mencapai tahap pematuhan baik di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Effluen Perindustrian) 2009, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (UdaraBersih) 2014, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005,
Walau bagaimanapun tujuh premis berada pada tahap tidak memuaskan dan tindakan susulan yang telah diambil terhadap mereka iaitu 32 arahan di lapangan (Field Citation), 6 kompaun dan 3 notis arahan.
JAS Terengganu sebagai Jabatan penguatkuasa tidak akan berkompromi dengan mana-mana premis yang gagal mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan yang berkaitan.
Tindakan tegas ini diambil dalam menangani premis-premis bermasalah dan mencemarkan alam sekitar di negeri ini demi memastikan semua hidupan dalam persekitaran kita berada dalam keadaan sejahtera dan selamat
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama