Penerangan
JAS MINTA KERJASAMA ORANG AWAM ELAK LAKUKAN PEMBAKARAN TERBUKA
KEMAMAN, 15 APRIL 2023: Pasukan penguatkuasa JAS Terengganu Cawangan Kemaman terus bersiap sedia menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) di daerah ini.
Rondaan dan pemantauan hari ini, melibatkan Chukai,Geliga,Kuala Kemaman,Mak Lagam,Cheneh,Cherul,Air Putih,Dadong,Seberang Tayur,Pasir Gajah,Paman,Binjai,Mak Chili,Jabor Kubur dan Gong Pauh
Hasil rondaan dan pemantauan ini, tiada pembakaran terbuka dikesan. Walau bagaimanapun banner larangan pembakaran telah dipasang di beberapa kawasan yang berpotensi berlakukan aktivti ini sebagai amaran keras kepada sesiapa sahaja yang terlibat agar aktiviti ini tidak diteruskan.
Rondaan dan pemantauan di kawasan penempatan kilang sawit juga didapati tiada keadaan yang mencurigakan dikesan
Pemantauan infrastruktur pencegahan pembakaran terbuka di kawasan tanah gambut iaitu check dam juga telah dijalankan dan didapati perlu diselenggara untuk peningkatan fungsinya.
Kesiap siagaan pasukan penguatkuasa JAS Terengganu Cawangan Kemaman ini diharap dapat memastikan sebarang kes pembakaran terbuka dan pencemaran dapat ditangani dengan segera demi kesejahteraan semua.
Orang ramai juga diminta memberi kerjasama agar aktiviti pembakaran terbuka tidak dilakukan.Ianya menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
#Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama