Penerangan
SEKSYEN 29A, AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974, DIKUATKUASAKAN DEMI MENCEGAH AKTIVITI PEMBAKARAN TERBUKA
KUALA TERENGGANU, 15 April 2023 - Pasukan penguatkuasa JAS Terengganu terus bersiap sedia dalam menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca-punca pencemaran.
Rondaan dan pemantauan melibatkan tiga (3) daerah iaitu Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.
Hasil rondaan dan pemantauan imni tiada sebarang pembakaran terbuka ditemui. Walau bagaimanapun banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di beberapa tempat yang berpotensi aktiviti ini dilakukan.
Selain itu siasatan ke atas aduan pembakaran terbuka juga dibuat dan didapati berasas dan tindakan susulan dengan mengeluarkan amaran keras atas kesalahan melakukan pembakaran terbuka di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.
Pemantauan di kawasan operasi kilang, kawasan penempatan dan tapak pelupusan sampah di ketiga-tiga daerah ini juga dilakukan.Tiada sebarang aktiviti abnormal yang dikesan.
Pemeriksaan ke atas infrastruktur pencegahan kebakaran di tanah gambut iaitu check dam di Kampung Rhu Batil, didapati paras takungan air serta kawasan sekitar hampir kering.Keadaan ini akan dipantau dari semasa ke semasa.
Kesiap siagaan pasukan penguatkuasa JAS Terengganu bertujuan untuk mencegah pencemaran berlaku dan sebarang kejadian pencemaran yang berlaku dapat ditangani dengan segera.
#Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama