Penerangan
IPU PADA TAHAP SEDERHANA, JAS TERUS TINGKATKAN RONDAAN OMPT
KUALA TERENGGANU, 14 April 2023 - Pasukan penguatkuasa JAS Terengganu terus bersiap sedia dalam menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca-punca pencemaran.
Rondaan dan pemantauan dijalankan di daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Hulu Terengganu.
Hasil rondaan dan pemantauan melibatkan empat ( 4) daerah ini, tiada sebarang pembakaran terbuka ditemui.
Walau bagaimanapun, pasukan penguatkuasa telah menemui beberapa longgokan sisa- sisa kayu daripada aktiviti pembersihan kawasan. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di kawasan berkenaan sebagai amaran keras agar aktiviti tersebut tidak diteruskan.
Selain itu, siasatan ke atas aduan pembakaran terbuka juga dibuat dan didapati berasas dan tindakan susulan dengan mengeluarkan amaran keras atas kesalahan melakukan pembakaran terbuka di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.
Pemantauan operasi kilang di keempat-empat daerah ini juga dilakukan.Tiada sebarang aktiviti abnormal yang dikesan.
Kesiap siagaan pasukan penguatkuasa JAS Terengganu bertujuan untuk mencegah pencemaran berlaku dan sebarang kejadian pencemaran yang berlaku dapat ditangani dengan segera.
#Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama