PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

MESYUARAT JAWATANKUASA EIA-TRC BAGI MEMBINCANGKAN CADANGAN  PROJEK SILICA MINING OPERATION DI DAERAH DUNGUN

DOE Terengganu 27/04/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT JAWATANKUASA EIA-TRC BAGI MEMBINCANGKAN CADANGAN  PROJEK SILICA MINING OPERATION DI DAERAH DUNGUN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
27/04/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

MESYUARAT JAWATANKUASA EIA-TRC BAGI MEMBINCANGKAN CADANGAN  PROJEK SILICA MINING OPERATION DI DAERAH DUNGUN KUALA TERENGGANU, 18 APRIL 2023: Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman  telah mempengerusikan Mesyuarat Environmental Impact Assessment Technical Review Committee (EIATRC), hari ini. Mesyuarat ini telah membincangkan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment, EIA) bagi cadangan projek  “Silica Mining Operation” di Mukim Kuala Abang, daerah Dungun. Hadir sama pada mesyuarat ini Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan, Encik Mohd Norli bin Abdullah, Penolong Pengarah Kanan, selaku Ketua Unit Memproses Laporan EIA, Encik Amri Mohd Yusof serta pegawai-pegawai JAS Terengganu serta ahli-ahli EIATRC yang terdiri daripada Jabatan-Jabatan Teknikal yang dilantik. Laporan EIA dibentangkan oleh pemaju dan perunding berkenaan keadaan semasa tapak cadangan, perancangan projek, langkah-langkah kawalan sedia ada dan yang akan dibina, serta maklumat-maklumat berkaitan dalam memastikan pelaksanaan projek ini berada pada tahap pematuhan yang baik. Keperluan menyediakan laporan EIA dan mendapat kelulusan JAS ini, termaktub di bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, sementara ulasan-ulasan dari agensi teknikal juga diambil perhatian dalam mempertimbangkan kelulusan laporan EIA oleh Jabatan Alam Sekitar. #kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan