PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PASUKAN PENGUATKUASA JAS TERENGGANU TERUS MEMANTAU PUNCA PENCEMARAN PADA CUTI HUJUNG MINGGU DI BULAN RAMADHAN

DOE Terengganu 27/04/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PASUKAN PENGUATKUASA JAS TERENGGANU TERUS MEMANTAU PUNCA PENCEMARAN PADA CUTI HUJUNG MINGGU DI BULAN RAMADHAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
27/04/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

PASUKAN PENGUATKUASA JAS TERENGGANU TERUS MEMANTAU PUNCA PENCEMARAN PADA CUTI HUJUNG MINGGU DI BULAN RAMADHAN KUALA TERENGGANU, 31 MAC 2023 - Cuti hujung minggu di Negeri Terengganu, pasukan penguatkuasa JAS Terengganu terus bersiap sedia dalam menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau pencemaran daripada punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Rondaan dan pemantauan dilakukan melibatkan lima (5) daerah iaitu Kuala Nerus, Setiu, Hulu Terengganu, Marang dan Kuala Terengganu. Hasil rondaan dan pemantauan ini, tiada pembakaran terbuka dikesan dan tiada kes-kes yang mencurigakan ditemui. “Banner” larangan pembakaran terbuka turut dipasang di kawasan yang terdapat longgokan sisa yang berpotensi menyebabkan pembakaran terbuka berlaku. Pemantauan operasi kilang di Kawasan Perindustrian Gong Badak, daerah Kuala Nerus dan Ajil, daerah Hulu Terengganu tidak mengesan sebarang kes pencemaran. Pasukan rondaan juga membuat pemantauan pencemaran marin di Pantai Pandak Chendering. Tiada sebarang pencemaran tarball dan tumpahan minyak dikesan. Kesiap siagaan pasukan penguatkuasa JAS Terengganu bagi memastikan punca-punca pencemaran terkawal dan ditangani segera. #Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan