PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMANTAUAN PUNCA PENCEMARAN BAU

DOE Terengganu 27/04/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMANTAUAN PUNCA PENCEMARAN BAU
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
27/04/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

PEMANTAUAN PUNCA PENCEMARAN BAU PADA WAKTU MALAM DI KAWASAN PERINDUSTRIAN KERTIH DAN TAMAN INDUSTRI BIO POLIMER KERTIH KEMAMAN- TERENGGANU, 01 APRIL 2023: Pasukan penguatkuasa JAS Cawangan Kemaman terus memantau kilang-kilang yang beroperasi di Kawasan Perinduastrian Kertih dan Taman Industri Bio Polimer, Kertih susulan aduan pencemaran bau daripada orang awam. Pemantauan ini turut melibatkan kawasan penempatan penduduk di sekitar kawasan industri ini bagi melengkapkan siasatan secara menyeluruh. Pemantauan punca pencemaran secara berterusan dijangka dapat menyelesaikan masalah aduan ini dengan segera. JAS Terengganu tidak akan berkompromi dengan mana-mana premis atau kilang yang gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 terutama berhubung dengan pematuhan pemasangan dan penyelenggaraan kelengkapan alat kawalan pencemaran udara. #kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan