PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

ADUAN BAU DITANGANI SEGERA

DOE Terengganu 27/04/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
ADUAN BAU DITANGANI SEGERA
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
27/04/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

ADUAN BAU DITANGANI SEGERA KEMAMAN- TERENGGANU, 01 APRIL 2023: Pasukan penguatkuasa JAS Cawangan Kemanan telah menjalankan pemantauan ke atas kilang-kilang yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Kertih dan Taman Industri Bio Polimer, Kertih serta kawasan sekitar di luar Kawasan perindustrian ini. Pemeriksaan dan pemantauan berterusan di kawasan ini bagi mengenal pasti punca pencemaran bau yang telah menimbulkan kacau ganggu kepada penempatan terdekat dan orang awam . Aduan daripada orang awam memaklumkan bahawa punca aduan bau ini disyaki dari operasi kilang-kilang yang berada di kawasan perindustrian ini. Pemantauan punca pencemaran secara berterusan pada waktu siang dan malam ini dijangka dapat menyelesaikan masalah aduan ini dengan segera. JAS Terengganu tidak akan berkompromi dengan mana-mana premis atau kilang yang gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 terutama berhubung dengan pematuhan pemasangan dan penyelenggaraan kelengkapan alat kawalan pencemaran udara. #Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan