PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN SEGERA KE ATAS LAPORAN HOTSPOT MENJADI KEUTAMAAN DEMI KESEJAHTERAAN ORANG RAMAI

DOE Terengganu 27/04/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN SEGERA KE ATAS LAPORAN HOTSPOT MENJADI KEUTAMAAN DEMI KESEJAHTERAAN ORANG RAMAI
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
27/04/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

SIASATAN SEGERA KE ATAS LAPORAN HOTSPOT MENJADI KEUTAMAAN DEMI KESEJAHTERAAN ORANG RAMAI KUALA TERENGGANU, 26 April 2023-  Cuti Umum di Negeri Terengganu, sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu, pasukan penguatkuasa JAS Terengganu terus  menjalankan siasatan segera ke atas  laporan hotspot di empat (4 ) lokasi iaitu melibatkan daerah Marang, daerah Besut dan dua (2) lokasi di daerah Setiu. Hasil siasatan mendapati laporan hotspot tersebut berasas dengan penemuan kawasan terbakar melibatkan tapak pertanian kontang secara berkelompak di daerah Marang. Di daerah Besut, pasukan penguatkuasa menemui kawasan terbakar berpunca dari aktiviti pembersihan kawasan pokok getah tanah persendirian. Risalah  larangan pembakaran terbuka telah diberikan kepada tuan tanah sebagai peringatan dan amaran keras supaya aktiviti ini tidak dteruskan. Selain itu, kawasan terbakar turut dikesan di kawasan tanaman berkelompak yang telah tidak diusahakan di kawasan penarik, dan kesan terbakar pokok gelang di kawasan Lembah Bidong, Setiu. Kesiap siagaan pasukan penguatkuasa JAS Terengganu bagi memastikan punca-punca pencemaran terkawal dan dapat ditangani dengan segera demi kesejahteraan orang awam. #Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan