Penerangan
PASUKAN PENGUATKUASA PANTAU PUNCA PENCEMARAN PADA CUTI SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
KEMAMAN, 24 APRIL 2023: Pasukan penguatkuasa JAS Terengganu Cawangan Kemaman terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) di daerah ini.
Rondaan melibatkan sekitar Chukai,Bukit Kuang,Kijal,Meraga Beris,Kemasik,Kg Baharu Kerteh dan Kawasan Perindustrian Telok Kalong.
Hasil rondaan ini, tiada pembakaran terbuka dikesan.
Siasatan ke atas aduan pembakaran terbuka didapati berasas dengan penemuan kesan pembakaran terbuka di lokasi yang diadu.
Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di kawasan tersebut
sebagai amaran keras kepada sesiapa sahaja yang terlibat agar aktiviti ini tidak berulang.
Rondaan dan pemantauan di kawasan penempatan kilang- kilang turut dilakukan dan didapati tiada kes- kes yang mencurigakan dikesan.
Kesiap siagaan pasukan penguatkuasa JAS Terengganu Cawangan Kemaman ini diharap dapat memastikan sebarang kes pembakaran terbuka dan pencemaran dapat ditangani dengan segera demi kesejahteraan semua terutama semasa cuti perayaan ini.
#Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama