PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

CUTI UMUM PASUKAN PENGUATKUASA JAS TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN TERUS BERSIAP SEDIA CEGAH PENCEMARAN

DOE Terengganu 27/04/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
CUTI UMUM PASUKAN PENGUATKUASA JAS TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN TERUS BERSIAP SEDIA CEGAH PENCEMARAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
27/04/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

CUTI UMUM PASUKAN PENGUATKUASA JAS TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN TERUS BERSIAP SEDIA CEGAH PENCEMARAN KEMAMAN, 26 April 2023: Cuti Umum di Negeri Terengganu, sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu, pasukan penguatkuasa JAS Terengganu Cawangan Kemaman terus meningkatkan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca-punca pencemaran di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di daerah ini. Kawasan rondaan dan pemantauan dilakukan di sekitar  Chukai, Bukit Kuang, Telok Kalong, Kijal, Kemasik, Jakar, mak Chili, Geliga, Paya Berenjut dan Mak Lagam mendapati tiada sebarang pembakaran terbuka dijumpai. Walau bagaimanapun banner telah dipasang di kawasan Kijal kerana terdapat longgokan sisa yang berpotensi menyebabkan pembakaran terbuka. Ianya sebagai amaran keras supaya aktiviti pembakaran terbuka ini tidak diterukan oleh orang awam yang terlibat. Rondaan dan pemantauan juga dibuat di kawasan penempatan kilang- kilang di Kawasan Perindustrian Jakar Tiada aktiviti abnormal ditemui. Pemeriksaan infarstruktur pencegahan kebakaran di tanah gambut iaitu check dam turut dilakukan bagi memastikan ianya berfungsi dengan baik bagi bekalan air mengawal kebakaran terutama semasa musim panas dan kering ini. JAS Terengganu sentiasa bersiap sedia dalam memantau punca-punca pemcemaran di daerah ini bagi memastikan kesejahteraan orang awam pada setiap masa. #Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan